RESEPI HOT!

Wednesday, December 30, 2020

Resepi Kuih Siput Sedap

Resepi Kuih Siput Sedap
Resepi Kuih Siput Sedap

Bahan-bahan Resepi Kuih Siput Sedap
  • 500 g Tepung Gandum
  • 2 sudu besar Marjerin
  • 1 sudu besar Serbuk Rempah Kari
  • 1 sudu besar Serbuk Cili
  • 1 sudu teh Garam
  • 1 biji Telur
  • 2 sudu besar Gula (ikut citarasa)
  • 150 ml air
  • 10 tangkai daun kari
Cara penyediaan :-
  1. Cairkan marjerin kemudian sejukkan.
  2. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, garam dan gula.
  3. Tuangkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan marjerin menyerap ke dalam tepung.
  4. Masukkan hirisan daun kari.
  5. Pukul sebiji telur dan tuang ke dalam adunan tepung diselang selikan dengan air.
  6. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masih keras.
  7. Rehatkan doh seketika.
  8. Tabur sedikit tepung di atas dulang utk elak doh melekat. Gentel sedikit doh dan tekan dia atas acuan kuih siput kemudian letak di atas dulang tadi.
  9. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan.
  10. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udaraaru dibalikkan kebahagian sebelah lagi.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes