RESEPI HOT!

Monday, December 28, 2020

Resepi Churros Rangup

Resepi Churros Rangup
Resepi Churros Rangup

Bahan-bahan Resepi Churros Rangup
  • 1 cawan Tepung gandum
  • 1 biji Telur
  • 1 cawan Air*
  • 1 sudu besar Mentega
  • 1 sudu besar Gula*
  • 1 sudu teh Esen vanila*
  • 1 cubit Garam*
  • Minyak masak
Cara penyediaan:-
  1. Satukan bahan-bahan bertanda * dalam kuali (boleh guna kuali non stick). Buka api dan kacau sampai gula larut dan mentega cair.
  2. Tutup api, masukkan tepung sedikit-sedikit sambil kacau dengan senduk.
  3. Teus balik-balikkan tepung hingga doh yang lembut terhasil. Kalau doh berketul, tiada masalah.
  4. Pukul telur sedikit dan tuang dalam doh. Uli doh. Jika doh masih panas, uli dengan senduk. Bila doh sudah sejuk sedikit dan boleh dipegang, uli dengan tangan sampai betul-betul sebati dan tidak ada lagi ketul-ketul tepung.
  5. Masukkan doh dalam piping bag. Guna star nozle dan paipkan ke atas dulang yang dialas baking paper (bertujuan supaya tidak melekat).
  6. Sementara paipkan Churros, boleh panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  7. Goreng churros sehingga keemasan.
  8. Angkat dan sira dengan gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih sedap kalau celup dalam sos coklat.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes