RESEPI HOT!

Tuesday, February 4, 2020

Resepi Kuih Talam Keladi

Resepi Kuih Talam Keladi
Resepi Kuih Talam Keladi
Bahan-Bahan Resepi Kuih Talam Keladi:

Bahan A –
  • 300 ml santan
  • 65 g tepung beras
  • 1 camca teh tepung gandum
  • 100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit
  • 55 g gula halus
  • 1/4 camca teh garam
Bahan B –
  • 100 ml santan
  • 80 g gula halus ( boleh kurangkan jadi 60g atau 70g)
  • 2 camca besar tepung beras
  • 20 g tepung jagung
  • 1 biji telur, pukul sedikit
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna ungu (violet)
Cara Membuat:
1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, balut tutup kukusan dengan kitchen towel.
2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi.
4. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 – 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.
5. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes