RESEPI HOT!

Thursday, January 30, 2020

Resepi Roti Celup Telur

Resepi Roti Celup Telur
Resepi Roti Celup Telur

Bahan-Bahan:
  • 8 keping Roti Gardenia
  • 4 biji telur
  • Daun sup – dihiris
  • Daun bawang – dihiris
  • Cili Merah – dibuang biji & dihiris (kalau suka pedas, potong cili padi)
  • Bawang besar – dihiris
  • Garam
  • Maggi Cukup Rasa
  • Butter

Cara Penyediaan:
1. Pecahkan telur dalam bekas. Kacau-kacau dengan garfu sahaja. Masukkan daun sup, daun bawang, cili merah atau cili padi, bawang besar, secubit garam dan Maggi Cukup Rasa. Kacau dengan garfu hingga sebati.
2. Panaskan pan non stick. Letakkan sedikit butter. Dengan menggunakan garfu, sudukan sedikit daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang besar ke atas pan non stick.
3. Celup sekeping roti ke dalam telur dan terus letak di atas daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang besar tadi. Bila dah separuh masak, terbalikkan. Letakkan daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang besar di atas roti. Terbalikkan. Balik-balikkan roti sehingga kedua-dua belah masak.
4. Ulang proses yang sama sehingga habis. Sedap dimakan ketika masih panas. Bahan-bahan di dalam telur boleh ditambah ikut selera masing-masing seperti daun kucai, kobis, cili benggala dan lain-lain. Syaratnya kena potong kecil-kecil.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes