RESEPI HOT!

Monday, May 22, 2017

Resepi Roti Butter Viral

Resepi Roti Butter Viral
Resepi Roti Butter Viral
Bahan-bahan Resepi Roti Butter Viral
  •     1 cawan air suam
  •     1 paket yis
  •     4 sudu besar gula
  •     2 sudu besar susu pekat
  •     2 sudu besar majerin
  •     3 1/2 cawan tepung
  •     1 biji telur

Cara memasak :
  1. Satukan yis dan air, biarkan yis rehat dan berbuih.
  2. Telur dipukul sedikit, ketepikan.
  3. Satukan susu pekat, gula, majerin dan telur ke dalam bekas berisi tepung. Kacau sebati.
  4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi.
  5. Uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
  6. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang dua kali ganda.
  7. Tumbuk-tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin.
  8. Bentukkan dan letakkan dalam loyang.
  9. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik dua kali ganda.
  10. Preheat oven ke 150C.
  11. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
  12. Keluarkan dan sejukkan, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau mentega dan tabur dengan gula halus.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes