RESEPI HOT!

Tuesday, October 25, 2016

Resepi Kari Ayam Hijau Thai

Resepi Kari Ayam Hijau Thai

BAHAN-BAHAN REMPAH KARI HIJAU THAI 
1 batang serai, hiris halus
4 biji cili hijau (boleh tambah cili padi jika suka pedas)
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 pokok daun ketumbar, bersama akarnya dicuci bersih
1 genggam daun selasih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1 camca teh serbuk ketumbar
1/2 camca teh serbuk lada sulah
3 camca besar sos ikan
1 inci belacan, dibakar
2 camca besar jus limau nipis
1 camca besar gula Melaka
4 camca besar santan
Sedikit air

BAHAN-BAHAN KARI HIJAU THAI
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan
3/4 cawan tepung pipit
1 biji tomato, dibelah 6
1/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning) didadu besar
2 batang serai, diketuk
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi, diketuk
Pes kari hijau secukupnya
300 ml pati santan
Air secukupnya
1 kiub pati ayam (optional)
Jus limau nipis secukup rasa
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
1 genggam daun selasih

CARA MEMBUATNYA

UNTUK PES REMPAH KARI HIJAU THAI :- 
.
Kisar halus semua bahan-bahan untuk rempah kari hijau Thai. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan2 rempah yang dikisar tadi hingga garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Bila rempa garing dan terbit minyak, boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian..

UNTUK KARI HIJAU THAI :

Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan pes rempah secukupnya (che mat guna semua sekali). Masukkan ayam dan terung pipit. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau dan biar mendidih hingga terung pipit dan ayam empuk.

Masukkan traffic light capsium, cili padi yang diketuk dan pati santan. Kacau rata, perasakan dengan sos ikan secukupnya dan sedikit gula. Masukkan jus limau nipis sedikit dahulu, kacau dan rasa jika suka lebih rasa masam, baru ditambah lagi. Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes