RESEPI HOT!

Tuesday, August 18, 2015

Resepi Mushroom Soup

Resipi Mushroom Soup

Bahan-bahan:
  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air-boleh tambah ikut kepekatan yang dikehendaki
  • 500 ml susu segar
  • 1 ketul kiub ayam-saya letak 2
  • 1 tin cendawan butang-hiris
  • 1 cawan tepung gandum-dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1.Potong ayam kecil-kecil
2.Masukkan ayam ke dalam periuk dan rebus sehingga masak.
3.Masukkan susu segar dan kiub pati ayam dan masak guna api yang perlahan.
4.Masukkan cendawan butang,kacau seketika.
5.Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat.Tambah perisa,garam dan gaul sebati.
6.Hidangkan bersama roti.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes