RESEPI HOT!

Tuesday, August 18, 2015

Resepi Daging Masak Hitam

Resipi Daging Masak Hitam

Bahan Untuk Membuat Daging Masak Hitam :
  • Setengah kg daging (potong besar-besar)
  • 15 tangkai cili kering (belah dua, buang biji, basuh dan toskan)
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 2 sudu rempah perencah sup adabi
  • Kicap
  • 1 setengah sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu serbuk cukup rasa maggi

Untuk Hiasan :
  • Bawang kuning (potong bulat)
  • Cili merah (belah dua)


Cara Memasak Daging Masak Hitam :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng cili kering sampai bertukar warna gelap kemerahan tapi jangan sampai hangit.
  2. Blender cili goreng tadi bersama bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia dan sebatang serai.
  3. Guna minyak yang sama tumis bahan blender tadi.
  4. Masuk secawan air, daging, gula, kicap dan rempah perencah sup.
  5. Ketuk lagi dua batang serai dan masukkan sekali dalam kuah. Kacau sekejap.
  6. Masak dengan api perlahan, tutup kuali agar daging cepat lembut.
  7. Sukatan kicap bergantung pada warna kuah. Tambahkan lagi kicap jika tidak cukup hitam.
  8. Jika kuah kering tetapi daging belum lembut, boleh masuk lagi secawan air.
  9. Masak sampai kuah mula pekat dan daging lembut.
  10. Akhir sekali boleh perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa maggi.
  11. Untuk hiasan kalau nak nampak lagi menarik boleh masukkan bawang kuning dan cili merah.
  12. Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes