RESEPI HOT!

Thursday, August 26, 2021

Resepi Bihun Goreng Sedap

BAHAN-BAHAN
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1sb bawang besar kisar
  • 4 sb cili kisar
  • 4 sb kicap pekat Jalen
  • 4 sb sos cili
  • 4 sb sos tomato
  • 1 sk garam
  • 2kiub pati ayam
  • 1 sk serbuk perasa
  • 1 mangkuk isi ayam
  • 1 sb gula
  • 3 biji telur
  • 1 mangkuk air
  • 2 bungkus bihun
  • 1 mangkuk sawi
CARA-CARA
  1. Tumis bawang putih kisar, bawang besar dan bawang besar kisar.
  2. Tumis sehingga naik bau harum, kemudian masukkan cili kisar.
  3. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian kicap pekat Jalen, kacaukan.
  5. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacaukan.
  6. Kemudian masukkan garam, kiub pati ayam dan serbuk perasa. Kacaukan lagi.
  7. Kemudian masukkan isi ayam, gula , telur dan air. Kacaukan lagi sehingga sebati dan telur masak.
  8. Kemudian masukkan bihun yang telah direndam dan di tos.
  9. Boleh tambahkan serbuk perasa jika kurang rasa.
  10. Kacaukan bihun sehingga sebati.
  11. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan kacaukan sehingga sedikit layu dan masak.
NOTES
Tips nak dapat bihun cantik jangan kerap kacau. Sekadar sebatikan sahaja.

Kredit: Nurul Huda Sulaiman

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes