RESEPI HOT!

Saturday, January 30, 2021

Resepi Roti Sangkaya Boat Noodle

Resepi Roti Sangkaya Boat Noodle
Resepi Roti Sangkaya Boat Noodle

Bahan-bahan Resepi Roti Sangkaya Boat Noodle
  • 10 keping roti dikukus
  • 6 helai daun pandan
  • Sedikit air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 3/4 cawan santan
  • 4 titik pewarna hijau
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit susu cair (optional)
Langkah penyediaan
  1. Sediakan semua bahan-bahan seperti di dalam gambar
  2. Masukkan daun pandan dan sedikit air ke dalam blender.
  3. Kemudian, tuangkan air pandan tadi ke dalam bekas. Tapi pastikan tapis semua serdak dauk pandan tadi ya. Tekan dengan sudu untuk dapatkan pati yang masih ada dalam daun pandan.
  4. Masukkan telur, gula melaka dan gula pasir.
  5. Kemudian masukkan santan, pewarna hijau dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.
  6. Tuang adunan tadi ke dalam kuali. Kacau perlahan sehingga adunan berwarna hijau dan menjadi pekat. Tutup api.
  7. Potong roti kita kepada 4 bahagian. Masukkan ke dalam pengukus. Tadaaa... Siap untuk di hidang.
Credit : Mardiana Jaafar COOKPAD

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes