RESEPI HOT!

Wednesday, January 13, 2021

Resepi Pulut Ayam Hatyai Ayam Goreng

Resepi Pulut Ayam Hatyai Ayam Goreng
Resepi Pulut Ayam Hatyai Ayam Goreng

Bahan-bahan Resepi Pulut Ayam Hatyai Ayam Goreng:
  • 3 keping peha ayam, bersihkan
Perapan Ayam:
  • Segengam bawang putih, di cincang kasar
  • 2 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 2 sudu besar akar & batang ketumbar di cincang halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu kecil garam
Caranya:
1. Dalam food processor, kisar biji ketumbar, bawang putih, akar ketumbar dan batangnya bersama-sama. Bila telah siap di kisar masukkan sos ikan, sos tiram, lada putih dan garam. Kisar lagi hingga menjadi pes.
2. Dalam mangkuk atau ziplock bag, satukan bahan kisar dan ayam, gaul sebati, tutup dan perap di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 8 jam. Saya perap selama 24 jam.

Bahan Celupan:
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 cawan air
Caranya:
1. Satukan semua bahan ke dalam mangkok adunan dan kacau sebati.
2. Panaskan minyak, celupkan setiap keping ayam dan perlahan-lahan masukkan ke dalam kuali.
3. Goreng hingga kekuningan, tabur bawang goreng dan hidangkan dengan pulut kukus dan sweet chili sauce.

Cara Buat Pulut Kukus

Bahannya:

500g beras pulut – cuci/rendam (Kalau guna beras pulut susu (Thai) – rendam hanya 3-4 jam sahaja)

Caranya: Kukus pulut bersama daun pandan, cam biasa (boleh jugak letak daun pandan dalam air kukusan). Kukus 30 minit atau hingga masak. 15 minit pertama buka periuk kukus dan renjis-renjis dengan air masak pada permukaan pulut, tutup semula periuk dan kukus semula sehingga masak.

Resepi Oleh: Lina Thomas

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes