BAHAN-BAHAN Resepi Aiskrim Homemade Guna Bahan Berkhasiat
- 1 cawan 1/2 susu segar
- 1 cawan susu cair
- Segenggam badam
- Segengam kismis
- Sedikit susu pekat (saya tak letak sebab tak nak manis)
- Coklat / Perisa lain ikut suka (Saya letak coklat coin, jadinya dah ada rasa manis dari coklat. Nak ganti dengan serbuk coklat pon boleh.)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar ovalette
CARA-CARA
1. RENDAM KISMIS
Kismis direndam dahulu selama sejam. Ketepikan. Dah lembut, sedia digunakan.
2. SANGAI & KISAR BADAM
Sementara itu, sangaikan badam sehingga agak masak dan keperangan. Kalau nak senang, boleh juga beli yang siap sedia dimakan dan terus kisarkan.
3. SATUKAN & KISAR SEMUA BAHAN
Satukan semua bahan tadi termasuk kismis yang sudah ditapis air rendaman tadi. Blend sekejap.
Bila kismis dah hancur, saya alihkan bancuhan dalam blender ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 minit.
Kalau tak ada pemutar kek, janganlah sedih pula. Boleh je kalau nak gunakan blender saja, Kisarkan selama beberapa minit lagi. Cuma mungkin hasilnya kurang gebu sedikit.
Kalau tak ada kismis, nak gantikan kismis dengan pisang pon best tau.
Untuk lagi gebu, pukul sebiji telur bersama ovalette sehingga gebu dahulu. Kemudian baru dimasukkan susu dan bahan-bahan lain. Jangan risau, tak ada rasa atau bau hanyir.
4. SEJUKKAN
Akhir sekali, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas dan sejukkan di bahagian freezer.
Kismis dan badam pun boleh dimasukkan ke dalam aiskrim secara kasar bagi siapa yang lebih suka aiskrim yang bertekstur. Tapi disebabkan anak saya kecil lagi, sebab itulah saya blend semuanya sampai hancur.
Selamat mencuba!
Post a Comment