RESEPI HOT!

Tuesday, April 14, 2020

Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim

 Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim
 Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim
Bahan-bahan Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim :
Ikan keli. ( Ikutlah mahu berapa ekor. Basuh dengan garam, asam jawa, gaul, cuci bersih, perah limau, cuci lagi bagi hilang hanyir ikan, toskan, kelar-kelar ikan.)
Daun pisang secukupnya

Bahan Sambal
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 2 batang serai
  • Sedikit lengkuas
  • 10-15 tangkai cili kering, ikut pedas yang anda mahu. Potong kecil dan rebus dulu
  • Sedikit cili api
  • 2 biji cili merah besar
  • Belacan sedikit
(blender bahan ini sampai hancur)
  • Bahan Perasa
  • Garam
  • Pati bilis
  • Perasa
  • Gula
  • Air keping atau asam jawa (ikut keasaman yang anda suka)
Cara Memasak
1. Panaskan minyak, tumis bahan blender.
2. Bila menggelegak bubuh semua bahan perasa, biarkan pecah minyak.
3. Kalau sudah pecah minyak masukkan air. Masak lagi sampai cili betul-betul masak. Siap dan boleh tutup api.


4. Hamparkan daun pisang atas kuali leper. Curahkan bahan sambal sedikit di atas daun pisang.
5. Letak ikan. Curah lagi sambal selebihnya menutupi ikan.
6. Tutup ikan dengan tudung periuk kukus. Slowkan api. Biarkan ikan masak secara bakar stim.
7. Dalam 10 minit tak perlu tengok tapi balik-balikkan untuk bagi masak sekata. Siap.

Selamat mencuba.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes