Resepi Sambal Udang Petai |
Bahan-bahan:
*1 mangkuk isi petai
*2 gengam ikan bilis
*1 biji bawang besar, hiris kasar
*1 sudu besar sos tiram
*Sedikit pati air asam jawa, atau 1 keping asam gelugor
*1 biji bawang besar, (hiris bulat)
Bahan kisar halus:
*6 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
*15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
*1 inci halia
*Secubit belacan
Cara masak:
1. Goreng ikan bilis hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar yang dihiris kasar, jangan terlalu lama dan masukkan bahan kisar halus. Kacau perlahan sehinga pecah minyak – warna bertukar menjadi merah gelap. Tambah sedikit air jika perlu.
3. Masukkan air asam jawa, sos tiram, ikan bilis goreng, isi petai dan gula secukup rasa.
4. Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar yang dihiris membulat (pilihan).
Tip 1: Bahan kisar halus jika dimasak dalam minyak yang agak banyak sehingga pecah minyak boleh menyebabkan sambal tahan lebih lama dan berbau wangi. Lebihan minyak boleh dibuang selepas sambal masak.
Tip 2: Sebelum masukkan garam, rasa dahulu kuah. Rasa kuah mungkin sudah masin daripada ikan bilis dan sos tiram.
Post a Comment