RESEPI HOT!

Tuesday, January 28, 2020

Resepi Puding Mangga Selasih

Resepi Puding Mangga Selasih
Resepi Puding Mangga Selasih

Bahan A:
  • 15gm agar-agar bertali – cuci dulu
  • 3 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula – tak nak manis, kurangkan
  • 2 ketul kecil gula batu
  • 1 tin susu cair*
  • 2 sudu besar tepung kastard*
  • 1 biji mangga yang sederhana besar*
  • 2-3 titis pewarna kuning*
  • Secubit garam
Cara-Cara:
1. Blender bahan bertanda* sampai hancur halus, ketepikan.
2. Masak agar agar dengan air hingga larut, masukkan gula & gula batu, kacau-kacau.
3. Kemudian tuang bahan blender, kacau rata. Masukkan garam, biarkan mendidih sekejap, kacau-kacau. Tutup api, tuang semua dalam loyang 10 inci, biarkan sederhana beku.

Bahan B:
  • 15gm agar-agar bertali
  • 5 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula – tak nak manis, kurangkan
  • 2 ketul kecil gula batu
  • 1 biji mangga sederhana besar – Potong dadu kecil-kecil (letak lebih mangga, lagi bagus, lagi sedap)
  • 1 sudu besar biji selasih, rendam dengan air panas

Cara-Cara:
1. Masak agar agar dengan air hingga larut. Masukkan gula & gula batu, kacau rata.
2. Dalam loyang puding tadi (sederhana beku). Susun/tabur perlahan-lahan buah mangga keseluruhan loyang, kemudian masukkan biji selasih.
3. Tuang adunan puding yang baru masak tadi (nak tunggu suam sikit pun boleh) perlahan-lahan dalam loyang. Guna lidi, cucuk-cucuk sedikit dalam puding. Bekukan, kemudian masuk dalam peti sejuk.
4. Boleh potong ikut suka, sedia untuk dihidang.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes