RESEPI HOT!

Wednesday, July 4, 2018

Resepi Kari Mamak Ikan Nyok-nyok

Resepi Kari Mamak

Bahan-bahan
*Ikan nyok² sekor size sederhana (nak guna ikan lain pun boleh) 
*2 peket kecil serbuk kari babas pedas (kalau guna yang biasa boleh tambah 2 sudu cili kisar) bancuh dengan sedikit air jadikan pes
*Air asam jawa secukupnya
*Bawang merah + bawang putih mayang halus
*Halba campur+daun kari
*Bendi+tomato
*Cili padi @ cili hijau besar

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak (banyak skit ya)
  2. tumis bawang merah + bawang putih,halba campur dan daun kari smpai naik bau.
  3. Pastu masukkan pes kari tadi masak smpai pecah minyak.Kacau skali skala takut rempah berketul dan hangit
  4. Lepas rempah dah betul masak masukkan air asam jawa.Biarkan mendidih pastu boleh la masukkan ikan. Masak smpai ikan lembut skit dan perasakan garam+perasa skit.
  5. Masukkan cili padi atau cili hijau, bendi dan last skali tomato. Bila rasa semua dah okay tutup api dan siap.


Kredit facebook : Ana Mariana Ismail

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes